Monday, 30 December 2013

Tahun Baru.

 Assalamualaikum semua, fuh fuh. dah berhabuk blog ni. dah lama kot tak update entri baru. bukan sebab malas, tapi masa tak mengizinkan dan takde masa lapang. ngeh ngeh.
 Nampaknya lagi beberapa hari akan tibanya tahun baru iaitu 2014. wow! aku dah makin tua nampaknya. hehe. takpe, jiwa masih muda kott. well, yang penting aku dah tak payah fikir pasal sekolah lagi sebab aku dah habis sekolah. tak payah fikir pasal buku teks, tak payah fikir pasal rambut panjang. heaven!
 Dua tiga hari ni kelihatan budak budak sekolah di semua pasaraya dan kedai kasut. maklumla, tahun baru mestilah kasut baru, baju baru, beg baru. takpe adik adik, yang penting balas jasa ibubapa anda, bagi mereka kegembiraan. belajar rajin rajin tau. *sedap betul ceramah kat orang*
 Tahun 2014 jugak la, buah hati aku menghadapi SPM. aku harap dia dapat buat yang terbaik. goodluck sayang. love you. Sweet tak aku? ngeh ngeh. Aku harap tahun baru ni. aku berubah ke arah yang lebih baik. lebih hensem dan kacak *over pulak mamat ni* hehe. Yang penting aku tak sabar nak masuk Universiti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. 
 Well, cuti pun satu hal. lama gilaaaa kot. dekat 6 bulan aku akan terperap kat rumah. nasib baik pergi GYM every weekend. takde la menternak sangat lemak dalam badan ni. nak maintain body kan. kata nak jadi macam Aaron Aziz. kena la worked out. jangan malas malas. hehe.
 Okay la, aku nak cakap pasal tu je sebenarnya. haha. mesti korang tengah syok layan entri aku kan. thanks ea. catch you all later! bye.

Thursday, 5 December 2013

Wahai Jodohku

Wahai jodohku di luar sana, 
aku tidak tahu siapakah gerangan kamu,
aku tidak tahu di manakah kamu,
aku tidak tahu apakah pekerjaan kamu,
aku tidak tahu segalanya tentang kamu

Wahai jodohku di luar sana,
mungkinkah kamu dekat denganku,
mungkinkah kamu jauh daripadaku,
mungkinkah kamu mengenaliku,
mungkinkah kamu kawan rapatku.

Wahai jodohku di luar sana,
bukan aku tidak berusaha mencarimu,
bukan aku tidak mahu mengenalimu,
tapi apakan dayaku,
aku hanya insan yang banyak kelemahan,
aku tidak mampu untuk mengatasi kehendakNYA. 

Wahai jodohku di luar sana,
walau siapapun kamu,
aku pasti kita akan bertemu jua suatu hari nanti, 
aku akan tetap menantimu dengan sabar, 
janji ALLAH itu pasti.

Wahai jodohku di luar sana,
doaku sentiasa mengiringimu,
berdoalah dan terus berdoa, 
agar kita bertemu dan bersatu jua nanti.

Friday, 29 November 2013

Camera Baru

 Assalamualaikum semua, hehe. berjumpa pulak kita untuk entri aku yang terbaru ini. well, okay meh aku nak cite sikit. Semalam, kakak aku dari KL balik kat kampung. Bila dia sampai tu, dia suruh aku ambil beg dekat belakang kereta. Aku tengok dia bawak balik DSLR Nikon. ada dua semua. tapi model je yang berbeza. Dia kata satu lagi tu kakak aku yang sorang lagi punya.
 Masa aku tengah selongkar satu demi satu DSLR, ayah aku pun tanya. nak DSLR ke nak Handset. aku pun berfikir lama jugak lah. hehehe. lepas tu, abang dan kakak aku kata better ambik DSLR dari handset. kalau masuk universiti nanti, boleh la nak guna elaun untuk beli handset baru. betul jugak tu.
 Lepas tu, aku bagitahu emak yang aku nak DSLR macam kakak-kakak aku tu. Mula-mula dia tak bagi sebab dia dah janji nak beli handset baru. aku pun kata, buat masa ni tak payah beli lagi la. just pakai apa yang ada sekarang. dia pun kata takpe la, kira jadi la. haha. Dia kata aku nak model apa. aku kata nak Canon je pon dah okay. jeng jeng jeng. Ni gambar model tersebut :D
 Emak cakap, bila dah beli nanti jaga elok elok. jangan cuai, takut jatuh. haha. risau sangat emak ni kan, alolo. jangan risau. anak emak yang sorang ni memang menghargai barang yang diberi. Nanti maybe bila pergi KL baru ambik DSLR Canon ni. Tak sabar weh.
 Korang pon mesti ada jugak kan? yela, zaman kan dah berubah. tapi aku punya model biasa je. aku tahu korang punya lagi gempak kan :D

Thursday, 28 November 2013

Merdeka! Merdeka!



 Assalamualaikum semua! yeay. setelah sekian lama aku berperang di dalam dewan peperiksaan, akhirnya pada hari ni aku bebas daripada SPM. hahaha. seronok gila weh. dah lama aku tunggu tibanya hari ni. alhamdulillah paper Biologi tadi dapat buat dengan baik :D

 Masa kat sekolah tadi, sebelum balik. bukan main lagi aku dengan kawan-kawan bersorak. petang tadi hujan. maklum la, sekarang kan musim hujan. hehe. memang tadi happy gila la, siap tekan hon motor lagi. kitaorang balik dalam hujan lebat kot. sejukkkkkk.

 Masa sampai kat rumah ayah aku cakap "Hmm, tak pakai dah baju putih dengan seluar hijau nanti" masa tu terasa jugak la sedih. bayangkan la, dah 5 tahun pakai uniform sekolah. siapa yang tak rindu kan. Tapi maybe aku pakai jugak kot seluar tu nanti, pakai nanti nak pergi kebun ke. hahaha.

 Ramai kawan-kawan aku yang cakap nak kerja lah sebab nak kumpul duit. maybe aku pun nak kerja jugak dalam masa yang terdekat ni. bila dapat duit gaji, boleh la shopping baju seluar nanti. Kata diorang, lepas SPM ni jugak la nak Qada tidur ke apa. hehe. macam-macam la diorang ni.

 Hmm, maybe waktu cuti ni aku nak pergi GYM kot. nak sambung worked out yang sudah tergendala buat masa yang lama. hehehe. nak build balik otot-otot ni jadi macam Aaron Aziz. Masa cuti ni jugak maybe aku akan pergi holiday dengan family. mintak mintak la tempat holiday kali ni best dari sebelum ni :D

 Okay la, tu jela aku nak cakap sebenarnya. haha. nanti jumpa pulak ye korang. Bye-bye ;)

Sunday, 24 November 2013

Menghitung Hari

 Assalamualaikum, selamat pagi! huaaa. ngantuk gila kot pagi sabtu ni. actually niat nak sambung tidur sampai pukul 11 pagi. tapi emak yang tersayang tolong kejutkan. dia suruh breakfast. sayang emak :)
 Hari ni aku bangun tiba-tiba phone berbunyi. apa lagi terus capai la. tapi yang hampehnya bukan orang tersayang yang text *perasan* tapi celcom -_-' dia kata aku kena reload kredit at least RM10 untuk dapat 15% kredit percuma. Hmm, eleh ingat aku nak topup ke. malas weh. hahaha.
 By the way, pejam celik, pejam celik lagi 3 hari SPM bakal tamat. so, kehidupan aku sebagai pelajar akan berakhir pada tarikh 27/11/2013. 3 paper lagi aku kena berjuang iaitu Kimia,Fizik,Biologi. memang perghh! tapi aku untung sebab habis awal. kalau yang ambik ICT habis lambat. hehe.
 Perasaan gembira + sedih semua ada. sedih rasa nak tinggalkan sekolah tu. walaupun baru berpindah kat sekolah tu tahun 2012. aku cepat mesra dengan kawan-kawan di sekeliling aku. lepas ni aku mesti rindu semua cikgu :') That's why orang kata bila kita masih sekolah, tak sabar nak habis sekolah. bila kita habis sekolah, rindu pulak nak sekolah balik. it's truth.
 Kalau tak silap aku, maybe seminggu lepas habis exam, kena datang sekolah pulak. hantar buku teks yang bukan main lagi tebal tu. dah la berat nak angkat. hahaha. maybe hari tu kali terakhir aku pergi sekolah tu sebelum ambik keputusan SPM bulan 3 tahun depan.
 Takpela, orang kata benda atau tempat yang kita sayang pasti akan kita tinggalkan jugak suatu hari nanti. memang adat sejak dulu lagi. situasi ni bertepatan dengan suatu hadis yang berbunyi: 
“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.” 
ini bermakna islam menyuruh kita sentiasa menuntut ilmu untuk menjadi mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. inshaAllah kita semua akan berjaya di suatu hari nanti. Amin :)

Monday, 18 November 2013

KL Gangster 2

 Hari tu bising satu Malaysia sebab filem KL Gangster 2 ni bocor. Ada individu yang tak bertanggungjawab cuba sabotaj filem tersebut. Tapi itu tidak mematahkan semangat anak muda yang bernama Syamsul Yusof untuk terus berjuang dalam dunia perfileman. Memang aku salute la dia ni! 
 Tapi yang ajaibnya, setelah filem ni ditayangkan dekat pawagam hasil kutipan di luar jangkaan. Cuba korang bayangkan sampai seat penuh dalam panggung. memang Wow! Macam mana la tak penuh sebab ramai pelakon femes yang ada macam Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak, Rosyam Nor. semua tu pelakon gilaan orang ramai. haha
 Okay la, kat bawah ni aku sertakan dengan sinopsis sekali:
 KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu
Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa
Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram
Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong
Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat
Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek
Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong
Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya

Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan.

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah.
 Subhanallah begitu banyak fadhilat dan kelebihan jika kita terus mengamalkan tujuh kalimah ini. Selain itu ia mampu buat kita rasa tenang dan jauh daripada masalah. Sesetengah orang sering berkongsi masalah di laman sosial yang tidak membawa kebaikan malah boleh membuka aib diri sendiri. Mulai hari ini, ubahla cara anda. Mari la sentiasa berdoa kepada Allah dan beristighfar sebanyak mungkin dalam kehidupan seharian. insyaAllah :)

Hukum Couple Dan Bercinta Dalam Islam

 Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.
 Apa Itu Ber ‘couple’?
 Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
 Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. 
 Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
 Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
 Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita. 
 Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
 Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
 Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.". 
 Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”. 
 Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu. 
 Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 
 Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
 Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Saturday, 16 November 2013

I Love You Semakin Menular?

 Okay la, hari ni aku nak cakap pasal I love You. Haaa? apa tu? biskut ke? haha. Tak la. Perkataan ni dah terlalu sinonim dalam masyarakat kita kan? tambah-tambah lagi dikalangan remaja yang baru nak kenal pasal cinta. 
 Another quote yang paling famous tak kiralah kat Twitter ataupun Facebook mestilah ada perkataan "Aku Terima Nikahnya". Sebagai contoh, 
Perempuan bukan nak dengar I Love You dari lelaki. Apa yang perempuan nak dengar adalah "Aku terima nikahnya".
 Quote diatas adalah bullcrap. Wait. No. Relax. Im just kidding. Quote tu bukan bullcrap. Tapi adalah bullshit. Like always, girls suka chasing fantasies. Why? Sebab bila dengar bab kahwin je, mesti semua gadis di seluruh dunia menjadi skizo sambil otak membayangkan perkahwinan yang romantis, suami yang handsome, pelamin yang anggun dan diri yang bermakeup tebal. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab time kecik dulu dok tengok Barbie and The Diamond Castle kot. Pastu bila dah tengok, mula la syok sendiri bila dengar pasal wedding. Then mesti terbayang tempat-tempat honeymoon yang gempak bersama suami yang handsome gila. Its all about keindahan khayalan perkahwinan dan pernikahan dari cerita yang direka media. Well, aku ada tengok jugak cerita Barbie tu, tapi tak ada pun berangan macam tu. 
 Banyak lagi quote-quote lain yang guna ayat tu secara meluas untuk menampakkan kekonon sweet. Tapi cuba korang bayangkan kalau korang dengar "Aku terima nikahnya" dari seorang lelaki yang korang tak kenal? Sanggup korang terima? Of course la sanggup kalau dia handsome. Tapi kalau dia tu stranger serta huduh gila pastu gemuk hitam, korang nak? (Aku bukan nak kutuk ciptaan tuhan, tapi ini realiti) Boleh ke korang terima? Silap-silap boleh sawan korang time majlis tu. That is why la orang yang berkahwin muda/perkahwinan dirancang family mostly consist of a handsome guy and a beauty girl. Kan? Ask yourself. Like boys, girls also ada yang lihat pada fizikal untuk cari pasangan hidup.
 So, quote yang paling tepat adalah:
Perempuan bukan nak dengar I Love You dari lelaki. Apa yang perempuan nak dengar adalah "Aku terima nikahnya" dari kekasih or lelaki kaya/handsome/body sexy yang tidak dikenali.
 Tapi aku tak nafikan yang zaman sekarang, memang perkataan "I Love You" tu dah makin cheap. Thanks to all of you, couples! :)

Sunday, 20 October 2013

Dunia Permotoran. Famous Atau Tidak?

- Assalamualaikum -

  Hye peeps. well untuk entri kali ini. aku akan berceloteh pasal motor. vromm vrommm! haha. tanpa membuang masa lagi jom kita selami tentang dunia permotoran ni. Firstly, sebut perkataan "Motor" jee mesti korang bayangkan Mat Rempit? terutamanya orang yang tak berminat pasal motor. confirm cakap motor ni ada hubungan dengan Mat Rempit. salah tuuu. jangan cepat menunding jari ye kawan-kawan.
  Honestly, aku memang minat gila-gila hal yang berkaitan dengan motor ni. Fuhh, mesti korang pernah dengar jenama motor yang paling femes dan digilai oleh anak-anak muda seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125ZR, Kawasaki RR dan tak lupa jugak Honda EX5. Boleh dikatakan hampir 85% boleh dilihat di atas jalan raya di Malaysia. Tapi yang pasti seumur hidup aku tak pernah lagi tengok orang tua yang naik motor-motor macam tu, kecuali Honda EX5. Sebab ayah aku pun naik motor tu pergi masjid. Hehehe. Kalau korang nak kenal sangat ni lah salah satu gambar motor tu. Sila tengok di bawah ini. sekarang!

YAMAHA RXZ CATALYZER
  Haaaa. dah kenal? model tu kira paling top jugak la. sekarang model tu dah tak dikeluarkan lagi. Aku pun tak tau kenapa keluaran model ni diberhentikan. Maybe sebab laju sangat kott. haha. gurau je. Tapi ada jugak dekat kedai yang belum register, kira untuk penghabisan stok la, harga dia boleh mencecah sehingga RM13 000. Wowww! memang mahal kan? aku rasa better beli 2nd hand jee. murah dan jimat. harga dia around RM2000-RM3000 untuk model Millenium. Tahun 90-an begitu kot, aku pun dah lupa. untuk Catalyzer lebih kurang RM6000-RM8000. tu pun kalau owner kata boleh nego kira untung la korang.
  Tapi untuk pengetahuan korang. Antara jenis motor yang ada kat atas dunia ni, yang paling aku impikan dan berharap ia menjadi milik aku suatu hari nanti ialah Superbike ataupun motosikal berkuasa tinggi. Maybe bila dah apply kerja suatu hari nanti, benda yang aku nak usha dekat kedai dulu ialah Kawasaki Ninja ZX10R. korang nak tengok gambar dia? sila usha kat bawah ni!
  Kawasaki Ninja ZX10R
  Yang paling aku suka tentang motor ni sebab nampak smart, cool and good looking. Enjin dia 1000c tau. Setakat nak balik daripada KL ke Kelantan tu maybe ambik masa 4-5 jam je. Kelajuan maksimum kalau tak silap aku mampu cecah 0-300km/j. Laju tak? haha. Padanlah dengan harga RM 87 000. Tapi orang kata harga belakang cerita, asalkan kepuasan tu dapat kan? at least boleh show off dekat kawan-kawan yang kita mampu miliki motor ni. Bukan calang-calang orang dapat tau. 
  Tapi takkan lah pakai motor besar guna helmet biasa je. Mestilah dengan helmet mahal jugak kan. Antara jenama helmet yang paling femes aku tau ialah Arai dan Yamaha. Ramai anak muda pakai sekarang atas jalan raya. Banyak pattern menarik. Harga kalau original tak main RM30, RM50, RM80. Paling murah pun RM1500+. Dia ada jenis full face helmet. Alaaa, macam orang pakai kat MotoGP tuuu. hehe. Kat bawah ni contoh helmet-helmet tersebut. jeng jeng jeng!
  
 Arai Full Face Helmet


Yamaha Shoei Full Face Helmet
  Haa. dah kenal ke belum? harga tu ada yang cecah berpuluh ribu ringgit. Memang mahal gila la. Boleh beli Perodua Myvi cash kot. haha. Tapi mat-mat motor besar tak mustahil beli helmet macam ni, kepuasan tu penting bagi diorang. Cun dan lawa kan? alaaa. beribu lagi pattern yang ada. aku malas nak upload. korang nak tengok pandai-pandai la search sendiri ek.
  Maybe ini saja lah entri aku untuk kali ni, jangan lupa baca entri-entri yang akan datang. Pasti lebih menarik dan best! hehe. Sekian sahaja. Check it out. Bye-bye :-)x

Friday, 18 October 2013

SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2013

- Assalamualaikum -

  Hye korang. kita berjumpa kembali nampaknya. hehe. maybe ada korang yang dah jemu baca entri daripada aku. tapi aku tak kisah. aku nak tulis jugak. jangan marah eh. aku gurau je. hoho. Firstly, maybe inilah entri terakhir daripada aku. Mungkin lepas tamat SPM baru aku update entri yang baru. Korang jangan lupa follow dari semasa ke semasa. alright? 
   
  
  Haa. cuba korang tengok gambar kat atas tu? begitulah situasi yang akan aku hadapi kelak pada tarikh keramat 6/11/2013. perasaan gementar + seram sejuk sudah dapat dirasai sekarang. Lagi beberapa hari aku bakal bertempur seperti seorang pejuang di dalam dewan peperiksaan. Nak ataupun tidak, terpaksa aku hadapi jugak.
  Oleh itu, aku dah buat segala persiapan yang terbaik dari awal-awal lagi supaya bila jawab exam nanti tak timbul rasa was-was bila nak tanda jawapan. Aku berharap kali ini aku dapat menjawab segala soalan yang diberi dengan tenang tanpa gangguan. hehe *macam la dewan tu bising kan*. Parents aku jugak pesan supaya aku lakukan dengan baik. sebelum bukak soalan, baca lafaz bismillah dan berdoa sebelum melangkah masuk dewan tu nanti. 
  Minggu lepas, aku tengah borak dan sembang dengan emak. dia janji yang dia akan bagi sesuatu kalau aku dapat 5A ke atas. woww! korang rasa lah kan apa benda tu ek? haaaa. so, korang mesti nak tahu kan. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. sekarang! jeng jeng jeng!

  Haa. aku rasa mesti korang dah tahu sangat benda HITAM ni kan. yaa. inilah Iphone5. masa emak aku bagitau tu, hati aku bukan main happy lagi. So, rasa lebih semangat untuk lakukan terbaik dalam SPM ni. Memang aku dah tergila-gilakan Iphone ni. dah lama kott. sejak 1st model keluar lagi. haha. tak sabar rasanya nak merasa Iphone5 ni. mesti best kan. korang tahu kenapa aku pilih kaler hitam? sebab dia cool dan smart. sesuai untuk lelaki kacak macam aku ni. eh? hoho.
  So, harapan aku agar kawan-kawan seperjuangan yang bakal mengambil SPM tahun ni, buatlah sehabis yang baik okay? aku suka kalau kita sama-sama berjaya hingga ke puncak menara gading. lepas SPM ni, kita semua enjoy habis-habisan. dont worry. masa free banyak kott lepas exam ni. tapi aku bercadang nak bekerja la sementara tunggu result nanti. at least dapat duit kann? mana lebih baik daripada goyang kaki dan besarkan perut kat rumah? hehe.
  Okay la, ini saja daripada aku. semoga berjumpa lagi. love you guys. check it out :-)x


Makan Menggemukkan?

- Assalamualaikum -

  Cakap pasal makan. aummm. haaa. siapa kat sini suka makan? okay! aku mengaku memang aku suka makan. Tambah-tambah lagi MacDonald. fuh, burger dia memang mantap dan sedap kan. padanlah dengan harga. kira berpatutan la. 
  Ramai tak sedar makan tanpa bersenam boleh menggemukkan seseorang itu? yaa. tanpa bersenam, lemak yang ada dalam badan korang akan sebati dengan daging tu. hehehe. tak mustahil dalam 2-3 bulan badan jadi bulat dan chubby.
  Thats why la korang kena ambil berat pasal calories intake dalam menu seharian. ini sangat penting! aku ulang lagi, sangat penting! dengan adanya maklumat tentang pemakanan, korang dapat mengawal pengambilan makanan. hehe. macam pakar kesihatan pulak yee.
  Kalau korang nak tahu, rakyat Malaysia merupakan antara yang paling cenderung untuk mendapat penyakit obesiti dan diabetes. Ia sudah terbukti depan mata kita! Aku rasa ramai dah tahu negara kita ni boleh dikatakan kaya dengan pelbagai jenis makanan. Fuhh, kalau aku nak list satu persatu memang takkan habis la. 
  Sebenarnya, tak salah kalau korang nak makan. Tapi kena pandai control lah. Kalau cara aku, aku mesti ambik sarapan. nak tahu kenapa? okay meh aku cerita. Kalau korang nak tahu, orang yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk! thats why la jangan miss sarapan setiap hari. Apabila korang bekerja, berjalan dan bersenam semua tu perlukan tenaga. Dari mana yee tenaga tu datang? dari makanan laa jawabnya.
  Sebab tu kalau siapa tak breakfast, dia akan makan secara berlebihan waktu tengah hari atau waktu lunch. sekali gus lebih banyak lemak dapat dihasilkan. hehehe. Next, kalau korang nak diet tak semestinya korang kena berlapar 24 jam. Itu cara yang salah yee! cara pemakanan yang betul, korang kena makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
  Dalam menu korang tu, perbanyakkan la sayur-sayuran atau fibre. lepas tu kalau boleh kurangkan makanan yang berminyak dan bergoreng. haaaa! satu lagi. sila kurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti atau biskut. Nak tahu kenapa? sebab karbohidrat ni boleh melambatkan proses pembakaran lemak. So, pandai pandai la.
  Di samping itu, korang boleh exercise. Alaa, tak kisah la korang buat apa. asalkan berpeluh! basuh baju, menyapu halaman rumah, angkat pasu, mop lantai pun dikira exercise tau. haha. jangan korang ingat berjoging dan berbasikal je dianggap exercise. Aku selalu spend masa 40-60 minit dalam sehari untuk berjoging di sekitar rumah. fuh, kalau tak silap boleh bakar kalori 400-600 tau. Kalau korang ada duit, boleh la pergi GYM yang berhampiran.
  Aku selalu spend masa untuk pergi GYM hujung minggu. Konon-kononnya nak bikin badan jadi tough macam Aaron Aziz. fuhh, aku memang minat gila dekat dia. hehehe. Kat sana ada orang yang pro boleh ajar korang camne nak build badan. tapi kena pandai jaga pemakanan la. Seingat aku, korang kena makan at least 2 biji telur ayam atau minum susu. Haaaa! telur tu makan yang warna putih sahaja, warna kuning letak tepi. Makanan ni sebenarnya tinggi protein untuk membaiki otot-otot kita dan bina tisu-tisu yang baru. cewahh. kelas gituu kan.
  Aku rasa maybe itu sahaja entri untuk kali ni. aku harap lepas ni korang dapat jaga pemakanan dengan baik. Benda ni penting sangat untuk kesihatan kita tau. Aku rasa maybe bila kawan-kawan baca entri ni akan berubah dan nak diet kan? hehe. just go on. benda baik mesti banyak kelebihannya kan. okay guys! check it out :-)x

Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari)

-Assalamualaikum-

   Hyee! Korang apa khabar semua? sihat? hehe. May all of you in the pink of health. cewah dah pandai speaking aku sekarang. opssss. sebelum itu, kali ini aku nak kongsi dengan korang tentang sesuatu yang mungkin korang dah tahu and mungkin korang belum tahu. 
  Aku ada terbaca tentang kelebihan HARI JUMAAT dekat satu laman web ni. Rupa-rupanya banyak keistimewaan dan kebaikan dapat diperoleh daripada hari JUMAAT. So tak best la kalau baca sorang diri je. At least kena kongsi dengan orang ramai kan? pahala pon dapat. Kalau korang dah baca. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain okay? :)

  Berlakunya hari kiamat
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.
Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
Penghulu segala hari
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
- Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
- Kebaikan dengan memotong kuku
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
Makbulnya doa di antara dua khutbah
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. 
Itu saja Entri untuk kali ini. check it out :-)
sdsddsddsss

Thursday, 17 October 2013

Orang baru

-Assalamualaikum-


  Haaaa! actually ni first time aku terlibat dalam dunia blogger. Huhh, rupa-rupanya best jugak main benda ni. Untuk pengetahuan korang, dah lama aku usha-usha blog orang lain. baca entri diorang. kira stalk jugak la. eh? haha. By the way, memang blog diorang cun dan gempak lah.
  
  Ada doodles, header cantik, ada lagu dan macam-macam lagi. Bagi aku la kan, orang yang suka melibatkan diri dalam dunia blogger ni boleh dikatakan bagus la. Sebab apa? yaaa. Antaranya kalau la diorang ni candidates UPSR,SPM dan SPM sekali gus dapat improve diorang punya bahasa dan dapat menulis dengan baik dalam exam. kan kan kan?

 Baik lah, kembali kepada topik kita yang asal. Orang Baru. bukan bermaksud aku ni baru lahir or orang asing. haaaa, makna dia aku ni baru lagi dalam dunia blogger. So, there is too lot things i need to explore. Opss. Aku malas je nak speaking. takut ada kawan-kawan yang tak faham. Hahaha *evil laugh*. 

 Aku ada jugak search dekat "Google" tips-tips nak buat Blog kita jadi cun melecun macam Neelofa. Alhamdulillah, setakat ni boleh la jugak follow dari semasa ke semasa. Benda ni perlukan masa jugak kann. Cuba korang bayangkan, aku nak edit background dan header pun ambik masa 2-5 jam. Mungkin nampak tipu, tapi itu lah kenyataannya. so sad kan. huk huk huk.
  
 Biasanya, aku cuba ambik tips-tips yang berguna dari blogger terkenal seperti Lyssa and so on. Bila aku bukak blog diorang kali pertama, memang tergamam tak terkata. Cun, comel, kemas, menarik, hebat dan banyak lagi. Haha. Memang patut la followers dia berpuluh-puluh ribu. Tuan empunya pun apa kurangnya, cantik dan manis lagi. Ehem-ehem *control-control*

 Okay la, maybe ni entri untuk kali ini. korang jangan lupa follow aku dari semasa ke semasa yaa? check it out :-) x

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images