- Assalamualaikum -
Hye korang. kita berjumpa kembali nampaknya. hehe. maybe ada korang yang dah jemu baca entri daripada aku. tapi aku tak kisah. aku nak tulis jugak. jangan marah eh. aku gurau je. hoho. Firstly, maybe inilah entri terakhir daripada aku. Mungkin lepas tamat SPM baru aku update entri yang baru. Korang jangan lupa follow dari semasa ke semasa. alright?
Haa. cuba korang tengok gambar kat atas tu? begitulah situasi yang akan aku hadapi kelak pada tarikh keramat 6/11/2013. perasaan gementar + seram sejuk sudah dapat dirasai sekarang. Lagi beberapa hari aku bakal bertempur seperti seorang pejuang di dalam dewan peperiksaan. Nak ataupun tidak, terpaksa aku hadapi jugak.
Oleh itu, aku dah buat segala persiapan yang terbaik dari awal-awal lagi supaya bila jawab exam nanti tak timbul rasa was-was bila nak tanda jawapan. Aku berharap kali ini aku dapat menjawab segala soalan yang diberi dengan tenang tanpa gangguan. hehe *macam la dewan tu bising kan*. Parents aku jugak pesan supaya aku lakukan dengan baik. sebelum bukak soalan, baca lafaz bismillah dan berdoa sebelum melangkah masuk dewan tu nanti.
Minggu lepas, aku tengah borak dan sembang dengan emak. dia janji yang dia akan bagi sesuatu kalau aku dapat 5A ke atas. woww! korang rasa lah kan apa benda tu ek? haaaa. so, korang mesti nak tahu kan. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. sekarang! jeng jeng jeng!
Haa. aku rasa mesti korang dah tahu sangat benda HITAM ni kan. yaa. inilah Iphone5. masa emak aku bagitau tu, hati aku bukan main happy lagi. So, rasa lebih semangat untuk lakukan terbaik dalam SPM ni. Memang aku dah tergila-gilakan Iphone ni. dah lama kott. sejak 1st model keluar lagi. haha. tak sabar rasanya nak merasa Iphone5 ni. mesti best kan. korang tahu kenapa aku pilih kaler hitam? sebab dia cool dan smart. sesuai untuk lelaki kacak macam aku ni. eh? hoho.
So, harapan aku agar kawan-kawan seperjuangan yang bakal mengambil SPM tahun ni, buatlah sehabis yang baik okay? aku suka kalau kita sama-sama berjaya hingga ke puncak menara gading. lepas SPM ni, kita semua enjoy habis-habisan. dont worry. masa free banyak kott lepas exam ni. tapi aku bercadang nak bekerja la sementara tunggu result nanti. at least dapat duit kann? mana lebih baik daripada goyang kaki dan besarkan perut kat rumah? hehe.
Okay la, ini saja daripada aku. semoga berjumpa lagi. love you guys. check it out :-)x
No comments:
Post a Comment