Wednesday, 8 January 2014

BARANG BUNDLE

 Assalamualaikum, sekarang tepat jam 1:02 AM. Aku masih tak tidur. bukan sebab tak nak tidur. Tapi tak mengantuk. arghh! mintak mintak tak kena simptom penyakit Insomnia. Hehe, mata ni liat sangat. tak nak tidur pulak dia


 Actually, pagi tadi aku keluar pergi bandar Kota Bharu. Masa sampai dekat simpang empat Kubang Kerian, Aku nampak la satu kedai bundle ni. Nama kedai dia V Bundle. agak besar. banyak baju dan seluar. Yang palis jelas aku nampak ialah kasut. Fuh, kasut punyalah banyak. Pekerja dia susun atas rak secara tersusun dan kemas.
 So, apa lagi. aku terjah la kedai tu. Mula-mula aku masuk dalam kedai tu, rambang gila kot mata ni. Banyak kasut branded yang terpakai tapi still dalam condition yang memuaskan. Macam baru pon ada, macam yang lama pon ada. Biasalah, nama pon barang bundle kan. Kalau nak semua berkilat dan tak kotor, kau pergi jelah Mall atau kedai kasut. Haha.
 Aku pun tengok la price yang ada dekat kasut yang ada kat situ, memang berbaloi la. Ramai orang tak tahu, sebenarnya, dekat bundle la korang boleh dapat banyak barang original buatan luar negara lain. Kalau nak beli yang baru, mahu kering poket korang aku rasa. Haha.

Brown Nike Sneakers

 Haa. kat atas tu la gambar kasut yang aku beli. amacam? cantik tak? Haha. Tak nampak buruk langsung. Yang penting yang ni original okay. Yang ni last stok dah. Nasib baik aku sempat rembat dulu sebelum orang lain rembat. Boleh la buat koleksi kasut. Buat pengetahuan korang, aku ni minat kumpul kasut casual. ngeh ngeh. 
 Lain kali, kalau korang nampak ada kedai Bundle tu. Janganla jual mahal, cuba singgah dulu. Bukan aku tak support barang baru. Cuma untuk korang yang low budget boleh la usha baju, beg, seluar, tali pinggang dan macam-macam lagi lah. Yang penting kena pandai pilih, memang banyak yang original dan branded, tapi check dulu la sebelum beli. takut ada koyak, biasala barang terpakai kan. Okay lah, mata aku pun dah mengantuk sangat ni. Bye bye ;)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images