Assalamualaikum, hye korang! actually lepas lunch tadi. Aku tengah kemaskan folder dalam laptop ni. Delete yang mana tak berkenaan. Tetibe aku terjumpa satu folder gambar mase aku dengan family pergi Pulau Pinang last week. hehe
So, tak terlalu lewat rasanya untuk aku berkongsi detik-detik manis semasa tinggal kat sana lebih kurang 5 hari. wow!! lamanya aku stay sana kan. Tapi kitaorang tak menginap dekat Hotel pun. membazir je semua tu. Kitaorang stay rumah kakak aku dekat Nibong Tebal. Her husband work as a lecturer kat USM. Dia pon baru balik Malaysia je. Sebelum ni stay Belgium sebab husband dia buat PhD kat sana :D
Sepanjang berada kat Pulau Pinang. Aku gunakan DSLR Canon eos 550d untuk merakam segala detik manis kat sana. ecece. haha. Bukan apa, sebab kamera ni kualiti gambar dia bagus. Memang puas hati aku beli. Okay lah, tanpa berceloteh panjang. Kat bawah ni aku sertakan gambar semasa pergi jenjalan kat sana.
Masa aku tengah snap gambar kat tempat ni. Aku terjumpa beca ni. Memang kreatif!
Ramainya orang! haha. cantik kan pemandangan kat sini :D
Jangan lupa! Kalau datang mesti cuba rojak Pasembur! patut cuba sebab sedap!
Ni dekat Bukit Bendera. Kalau datang Penang tak sah kalau tak datang kat sini tau! Tempat dia cantik. Ala-ala Cameron Highland gituu.
Inilah view daripada atas Bukit Bendera. wuuu. dapat nampak satu bandar kot. Memang romantik pemandangan dia. Rasa macam atas Broga Hill pulak.
Ni masa atas Feri. Kereta banyak betul. Seronok hirup udara segar malam-malam macam ni. Dekat tengah laut pulak tu.
Haa. Itu saja lah yang aku ingin berkongsi kat korang. By the way, korang jangan lupa ajak family datang Pulau Pinang. Banyak lagi tempat yang aku tak terjah sebenarnya. Ni baru separuh. Lepas turun dari Feri tu, kitaorang beli jeruk Pak Ali. Bolehla makan dalam kereta. Yum yum. sedappp. Aku lupa pulak nak snap gambar nasi kandar yang aku makan. Memang tip top! korang patut cuba! Okay la, jumpa lagi. Bye :D
No comments:
Post a Comment