- Assalamualaikum -
Hye peeps. well untuk entri kali ini. aku akan berceloteh pasal motor. vromm vrommm! haha. tanpa membuang masa lagi jom kita selami tentang dunia permotoran ni. Firstly, sebut perkataan "Motor" jee mesti korang bayangkan Mat Rempit? terutamanya orang yang tak berminat pasal motor. confirm cakap motor ni ada hubungan dengan Mat Rempit. salah tuuu. jangan cepat menunding jari ye kawan-kawan.
Honestly, aku memang minat gila-gila hal yang berkaitan dengan motor ni. Fuhh, mesti korang pernah dengar jenama motor yang paling femes dan digilai oleh anak-anak muda seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125ZR, Kawasaki RR dan tak lupa jugak Honda EX5. Boleh dikatakan hampir 85% boleh dilihat di atas jalan raya di Malaysia. Tapi yang pasti seumur hidup aku tak pernah lagi tengok orang tua yang naik motor-motor macam tu, kecuali Honda EX5. Sebab ayah aku pun naik motor tu pergi masjid. Hehehe. Kalau korang nak kenal sangat ni lah salah satu gambar motor tu. Sila tengok di bawah ini. sekarang!
YAMAHA RXZ CATALYZER
Haaaa. dah kenal? model tu kira paling top jugak la. sekarang model tu dah tak dikeluarkan lagi. Aku pun tak tau kenapa keluaran model ni diberhentikan. Maybe sebab laju sangat kott. haha. gurau je. Tapi ada jugak dekat kedai yang belum register, kira untuk penghabisan stok la, harga dia boleh mencecah sehingga RM13 000. Wowww! memang mahal kan? aku rasa better beli 2nd hand jee. murah dan jimat. harga dia around RM2000-RM3000 untuk model Millenium. Tahun 90-an begitu kot, aku pun dah lupa. untuk Catalyzer lebih kurang RM6000-RM8000. tu pun kalau owner kata boleh nego kira untung la korang.
Tapi untuk pengetahuan korang. Antara jenis motor yang ada kat atas dunia ni, yang paling aku impikan dan berharap ia menjadi milik aku suatu hari nanti ialah Superbike ataupun motosikal berkuasa tinggi. Maybe bila dah apply kerja suatu hari nanti, benda yang aku nak usha dekat kedai dulu ialah Kawasaki Ninja ZX10R. korang nak tengok gambar dia? sila usha kat bawah ni!
Kawasaki Ninja ZX10R
Yang paling aku suka tentang motor ni sebab nampak smart, cool and good looking. Enjin dia 1000c tau. Setakat nak balik daripada KL ke Kelantan tu maybe ambik masa 4-5 jam je. Kelajuan maksimum kalau tak silap aku mampu cecah 0-300km/j. Laju tak? haha. Padanlah dengan harga RM 87 000. Tapi orang kata harga belakang cerita, asalkan kepuasan tu dapat kan? at least boleh show off dekat kawan-kawan yang kita mampu miliki motor ni. Bukan calang-calang orang dapat tau.
Tapi takkan lah pakai motor besar guna helmet biasa je. Mestilah dengan helmet mahal jugak kan. Antara jenama helmet yang paling femes aku tau ialah Arai dan Yamaha. Ramai anak muda pakai sekarang atas jalan raya. Banyak pattern menarik. Harga kalau original tak main RM30, RM50, RM80. Paling murah pun RM1500+. Dia ada jenis full face helmet. Alaaa, macam orang pakai kat MotoGP tuuu. hehe. Kat bawah ni contoh helmet-helmet tersebut. jeng jeng jeng!
Arai Full Face Helmet
Yamaha Shoei Full Face Helmet
Haa. dah kenal ke belum? harga tu ada yang cecah berpuluh ribu ringgit. Memang mahal gila la. Boleh beli Perodua Myvi cash kot. haha. Tapi mat-mat motor besar tak mustahil beli helmet macam ni, kepuasan tu penting bagi diorang. Cun dan lawa kan? alaaa. beribu lagi pattern yang ada. aku malas nak upload. korang nak tengok pandai-pandai la search sendiri ek.
Maybe ini saja lah entri aku untuk kali ni, jangan lupa baca entri-entri yang akan datang. Pasti lebih menarik dan best! hehe. Sekian sahaja. Check it out. Bye-bye :-)x
No comments:
Post a Comment