Thursday, 30 January 2014

OUTDOOR

 Hari ni aku pergi rumah nenek kat Bachok sebab dia nak buat Maulidur Rasul. Aku pergi just cuci ayam dan daging je. Tolong apa yang patut. Yang lain tu orang perempuan yang masak. Aku bosan dekat rumah, so aku pun pergi la jenguk sendiri. Tak jauh pun rumah nenek aku tu. lebih kurang 6km dari rumah aku. Majlis mungkin mula lepas solat Isyak.
 
 Itu je gambar yang sempat aku snap. Hehe. Takpe. yang penting sharp dan tidak edit. Habis baju dan seluar aku bau asap. by the way, jangan lupa pulak jenguk entri yang sebelum ni yer.

HIDUP SECARA SIHAT

 Assalamualaikum semua. dah lama rasanya tak update entri baru. Rindu jugak la kat blog aku yang tak berapa cantik ni. haha. nampaknya esok dah bermula cuti untuk Chinese New Year. mesti happy gila budak budak sekolah even cuti hanya seminggu. Biarlah, aku dulu pun macam tu jugak. mesti excited kan.
 Baru baru ni aku telah mula mengikuti satu program diet yang dinamakan sebagai 'Atkin Diet'. diet ni rendah karbohidrat. Bila badan kita kurang karbohidrat dan lebihkan lemak dan protein. Lemak tersebut akan dijadikan sebagai bahan bakar dalam badan kita. Jadi anda tak exercise pun berat badan akan turun 3-5kg dalam seminggu. woww! hebat kan. haha
 Tapi untuk diet ni, anda mestilah kuatkan mental dan fizikal dan tahan nafsu makan yang membuak-buak tu. sabarlah kalau nak kurus. Actually, aku bukan gemuk pun, cuma berisi sikit la sebab makan tak jaga. sekarang aku dah mula turunkan berat badan untuk mencapai berat yang ideal macam sebelum ni. Anda boleh search kat google Tips untuk Atkin Diet untuk info yang lebih lanjut ya. Aku pun berjaya turunkan berat badan 10kg dalam dua minggu. memang berbaloi.
 Ramai orang bagi alasan untuk kurus, kata tak ada masa, memenatkan dan sibuk. Tapi, bila orang lain kurus, dia pun nak kurus jugak. Usahanya tiada! mana nak dapat hasilnya tanpa usaha. Aku jumpa seorang Mamat ni, dia dulu berat 136kg dan sekarang berat dia 75kg. Bila dia gemuk dulu, nampak selekeh, tak ada kawan, malu nak bergaul. Bila dah kurus, semuanya nampak okay. semakin hensem dan bergaya. Tak perlu pakai baju saiz XXL even XXXL.
 Kesimpulannya, segalanya terletak di tangan kita. Orang lain tak mampu ubah diri kita melainkan kita sendiri ada usaha untuk mengubahnya. Bila gemuk, banyak penyakit datang. Anda semua nak ke jadi macam tu. Jadi, mulai dari sekarang, mari amalkan Atkin Diet dan hidup secara sihat. Kita tak perlu keluarkan wang beratus-ratus dan beribu ringgit untuk kurus. Diet ni percuma dan dijamin tidak akan mengecewakan anda. Lakukannya dan lihat hasilnya sendiri! goodluck :)

Saturday, 18 January 2014

UMRAH

 Assalamualaikum, hari ni keluarga aku pergi hantar mak sedara dan keluarga dia kat airport Pengkalan Chepa. mereka sekeluarga bakal menunaikan umrah buat kali pertama kat sana. Tapi untung la kan ada peluang boleh menunaikan ibadat kat mekah. rezeki dari Allah kan :)
 Pukul 12.00 PM, kami sekeluarga bertolak ke Kota Bharu. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Lebih kurang setengah jam, sampai jugak kat rumah mak sedara. Rupa-rupanya dia dah belikan nasi bungkus untuk kitaorang. omnomnomnom.
 Lebih kurang pukul 1.30 PM, kami dah siap angkut dan susun beg dalam kereta. Lepas siap semuanya, kitaorang bertolak ke airport. Lebih kurang sejam lebih menunggu di airport, mak sedara aku dan keluarga dia akhirnya berlepas ke KLIA dengan selamat. Dia akan stay kat KL dua hari, lepas tu barulah pergi umrah.
                       
 InsyaAllah, semoga mendapat ibadat yang mabrur dan diterima Allah SWT. Kita akan berjumpa pulak dua minggu lagi. semoga kita semua terus berada dalam keredhaanNya. amin ya rabbal alamin.

Wednesday, 8 January 2014

BARANG BUNDLE

 Assalamualaikum, sekarang tepat jam 1:02 AM. Aku masih tak tidur. bukan sebab tak nak tidur. Tapi tak mengantuk. arghh! mintak mintak tak kena simptom penyakit Insomnia. Hehe, mata ni liat sangat. tak nak tidur pulak dia


 Actually, pagi tadi aku keluar pergi bandar Kota Bharu. Masa sampai dekat simpang empat Kubang Kerian, Aku nampak la satu kedai bundle ni. Nama kedai dia V Bundle. agak besar. banyak baju dan seluar. Yang palis jelas aku nampak ialah kasut. Fuh, kasut punyalah banyak. Pekerja dia susun atas rak secara tersusun dan kemas.
 So, apa lagi. aku terjah la kedai tu. Mula-mula aku masuk dalam kedai tu, rambang gila kot mata ni. Banyak kasut branded yang terpakai tapi still dalam condition yang memuaskan. Macam baru pon ada, macam yang lama pon ada. Biasalah, nama pon barang bundle kan. Kalau nak semua berkilat dan tak kotor, kau pergi jelah Mall atau kedai kasut. Haha.
 Aku pun tengok la price yang ada dekat kasut yang ada kat situ, memang berbaloi la. Ramai orang tak tahu, sebenarnya, dekat bundle la korang boleh dapat banyak barang original buatan luar negara lain. Kalau nak beli yang baru, mahu kering poket korang aku rasa. Haha.

Brown Nike Sneakers

 Haa. kat atas tu la gambar kasut yang aku beli. amacam? cantik tak? Haha. Tak nampak buruk langsung. Yang penting yang ni original okay. Yang ni last stok dah. Nasib baik aku sempat rembat dulu sebelum orang lain rembat. Boleh la buat koleksi kasut. Buat pengetahuan korang, aku ni minat kumpul kasut casual. ngeh ngeh. 
 Lain kali, kalau korang nampak ada kedai Bundle tu. Janganla jual mahal, cuba singgah dulu. Bukan aku tak support barang baru. Cuma untuk korang yang low budget boleh la usha baju, beg, seluar, tali pinggang dan macam-macam lagi lah. Yang penting kena pandai pilih, memang banyak yang original dan branded, tapi check dulu la sebelum beli. takut ada koyak, biasala barang terpakai kan. Okay lah, mata aku pun dah mengantuk sangat ni. Bye bye ;)


Friday, 3 January 2014

HOLIDAY AT PENANG!

 Assalamualaikum, hye korang! actually lepas lunch tadi. Aku tengah kemaskan folder dalam laptop ni. Delete yang mana tak berkenaan. Tetibe aku terjumpa satu folder gambar mase aku dengan family pergi Pulau Pinang last week. hehe
 So, tak terlalu lewat rasanya untuk aku berkongsi detik-detik manis semasa tinggal kat sana lebih kurang 5 hari. wow!! lamanya aku stay sana kan. Tapi kitaorang tak menginap dekat Hotel pun. membazir je semua tu. Kitaorang stay rumah kakak aku dekat Nibong Tebal. Her husband work as a lecturer kat USM. Dia pon baru balik Malaysia je. Sebelum ni stay Belgium sebab husband dia buat PhD kat sana :D
 Sepanjang berada kat Pulau Pinang. Aku gunakan DSLR Canon eos 550d untuk merakam segala detik manis kat sana. ecece. haha. Bukan apa, sebab kamera ni kualiti gambar dia bagus. Memang puas hati aku beli. Okay lah, tanpa berceloteh panjang. Kat bawah ni aku sertakan gambar semasa pergi jenjalan kat sana.
         Masa aku tengah snap gambar kat tempat ni. Aku terjumpa beca ni. Memang kreatif!
Ramainya orang! haha. cantik kan pemandangan kat sini :D
Jangan lupa! Kalau datang mesti cuba rojak Pasembur! patut cuba sebab sedap!
Ni dekat Bukit Bendera. Kalau datang Penang tak sah kalau tak datang kat sini tau! Tempat dia cantik. Ala-ala Cameron Highland gituu.
Inilah view daripada atas Bukit Bendera. wuuu. dapat nampak satu bandar kot. Memang romantik pemandangan dia. Rasa macam atas Broga Hill pulak.
Ni masa atas Feri. Kereta banyak betul. Seronok hirup udara segar malam-malam macam ni. Dekat tengah laut pulak tu. 

  Haa. Itu saja lah yang aku ingin berkongsi kat korang. By the way, korang jangan lupa ajak family datang Pulau Pinang. Banyak lagi tempat yang aku tak terjah sebenarnya. Ni baru separuh. Lepas turun dari Feri tu, kitaorang beli jeruk Pak Ali. Bolehla makan dalam kereta. Yum yum. sedappp. Aku lupa pulak nak snap gambar nasi kandar yang aku makan. Memang tip top! korang patut cuba! Okay la, jumpa lagi. Bye :D

Thursday, 2 January 2014

Its Workout day!

 Assalamualaikum, memandangkan hari ni cuaca sangat baik dan tenang. aku rancang nak pergi GYM. Pada mulanya aku sorang je nak pergi. seems kawan aku nak pergi jugak, aku ajak dia sekali. best tau kalau pergi GYM petang petang camni. haha
 Actually dekat je GYM tu dengan rumah aku, 2KM rasanya. tak jauh sangat kan. jalan kaki pon sampai. inikan pula naik motor. By the way, ada certain orang cakap "Buat apa pergi GYM, nanti badan jadi hodoh" Aku bet orang camni memang kolot la. siapa cakap jadi hodoh? maybe itu pendapat masing masing la. Tapi, korang tak sedar, dah berjuta manusia atas dunia ni pergi GYM untuk buang lemak degil kat perut atau Belly Fat.
 Tak semestinya pergi GYM tu untuk besarkan otot. Its depends on you! *marah ni* haha. Lain la kalau korang ni bercita-cita besar nak jadi bodybuilder berjaya macam Sazali Samad. Kebanyakan orang pergi GYM nak badan yang fit dan kurus. Tapi transformasi tak menjadi dalam satu hari. korang kena kuat azam dan semangat. yang penting sekali jaga makan, kalau tak sia sia la korang pergi GYM. hoho
 Haa. cuba korang tengok gambar kat atas ni. aku sertakan sekali kata-kata motivasi untuk korang yang malas exercise tapi nak kurus! Hope korang luangkan masa at least 60 minit untuk exercise. Cardio worked out lagi bagus sebenarnya. Haha. harap korang tak terasa dengan kata-kata aku. See you later! bye :D

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images